Ketahui khasiat sebenar makanan wajib bantu ubati, hindari penyakit
BUAH-BUAHAN memiliki kandungan gizi, vitamin dan mineral yang sangat baik untuk tubuh. Khasiat buah-buahan diletakkan pada aras dua Piramid Makanan bersama sayur-sayuran. Pengambilan buah-buahan mengikut jumlah hidangan mencukupi dapat memastikan tubuh badan dan otak kita menerima semua nutrien mencukupi bagi membolehkan ia berfungsi dengan baik.
Malangnya, berapa ramai antara kita tahu kelebihan sebenar khasiat buah-buahan kecuali vitamin C yang sudah terlalu kerap dikaitkan dengan buah-buahan tertentu seperti oren dan epal.
Bagaimana pula dengan aspek lain buah-buahan seperti khasiatnya membantu mengurangkan penyakit?
Pakar Diet Klinikal, Pusat Perubahan Gaya Hidup, Pusat Perubatan Prince Court, Tan Yen Sing menjelaskan, kajian menunjukkan pengambilan lebih daripada lima hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran sehari dikatakan boleh mengurangkan sehingga 17 peratus penyakit jantung koronari.
“Pada 2005, 17.5 juta orang mati akibat penyakit kardiovaskular iaitu 30 peratus daripada jumlah kematian global. Pemakanan yang baik adalah pendekatan terbaik untuk mencegah penyakit dan penjagaan kesihatan.
“Nutrien adalah khasiat yang mesti kita peroleh daripada makanan. Khasiat pemakanan ini adalah penting untuk pertumbuhan dan penjagaan tubuh badan sepanjang hayat,” katanya.
Lebih menarik lagi, hasil penyelidikan mengenai manfaat buah-buahan kepada kesihatan turut dikongsi pada kempen kemasyarakatan, Kesihatan Itu Kekayaan anjuran MBG Fruitshop di Jaya 33, Petaling Jaya, Selangor, baru-baru ini.
Antara fakta menarik yang dikongsi termasuk, ramai tidak tahu pisang membantu menentang kemurungan. Selain itu, antioksidan daripada buah-buahan dan sayur-sayuran mengurangkan risiko kanser esofagus; buah kiwi meningkatkan kesihatan seksual lelaki dan kismis membantu menjaga kesihatan gigi serta pembangunan mental kanak-kanak.
Bagi kanak-kanak misalnya, buah-buahan yang kaya dengan pelbagai khasiat seperti karbohidrat, mineral dan vitamin penting dalam pertumbuhan mental fizikal mereka. Karbohidrat dalam buah-buahan misalnya, adalah dalam bentuk gula yang menyumbang kepada tenaga badan. Selain itu, buahan-buahan juga tinggi dengan serat yang membantu dalam mengelak masalah sembelit terutama di kalangan kanak-kanak.
Berita Harian Online | Sesal kemudian tidak berguna
SARAH Chee, 63, disahkan mengalami barah payudara 13 tahun lalu ketika gaya hidupnya begitu aktif, sangat sihat lagi cergas, berjoging tiga kilometer setiap hari adalah rutin.
“Pada 1997, doktor mengesahkan ada ketulan pada payudara saya dan mahu saya melakukan mamogram, tetapi selepas itu doktor memberitahu ia bukan barah... saya sangat lega. Disebabkan kejahilan dan sentiasa menafikan punya masalah kesihatan, ketulan yang ada tidak diendahkan sehinggalah 10 bulan berlalu.
“Pelik rasanya sebab kalau betul ia tidak bersifat barah, mengapa ketulan itu makin membesar. Akhirnya saya jadi mangsa sikap jahil dan tak ambil tahu apabila doktor mengesahkan ia barah payudara peringkat bahaya. Saat itu saya berasa alangkah baiknya jika bumi ini terbelah dan terus menelan tubuh ini hidup-hidup,” kata suri rumah berkenaan.
Sarah berkata, pelbagai persoalan berlegar dalam kepalanya, namun semua sudah terlambat dan kekesalan menebal memikirkan bagaimana dia langsung tidak mempedulikan ketulan yang ada selama 10 bulan, apatah lagi membuat kajian dan membaca mengenai barah payudara.
“Air mata sudah tak bermakna lagi, kini saya perlu menerima kenyataan untuk terus hidup dan payudara saya perlu dibuang,” katanya dalam nada kesal.
Bermula saat itu, seluruh keluarga dan anak-anaknya mula mengkaji, mendalami dan memahami karakter barah payudara termasuk menerusi internet dan buku. Dia sendiri mula meyakinkan diri untuk bangkit semula dan memulakan kehidupan baru yang lebih bermakna.
Berita Harian Online | Kawal selera
“Pada masa kini, kurang kajian yang dijalankan bagi menyelidik hubungan secara langsung antara pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran dengan berat badan. Namun, dalam kajian pengurusan penyakit kronik, pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran dianggap sebagai bahagian penting dalam pengurusan penyakit secara keseluruhan (termasuk penurunan berat badan dan untuk tujuan penyelenggaraan berat badan),”
Berita Harian Online | Lesu lelaki
BENARKAH lelaki hanya berjumpa doktor sedangkan wanita sebaliknya lebih beruntung kerana kehamilan membawa mereka mendapatkan khidmat doktor seawal mungkin?
Andai itu benar, bagaimanakah kita mahu memanfaatkan usia selama mungkin, termasuk melakukan pelbagai aktiviti biarpun sudah mencecah usia atau bergelar warga emas? Ini penting kerana jika dulu, tugasan menjaga orang tua lazimnya di bahu keluarga atau anak-anak tetapi sekarang, berdasarkan perkembangan semasa, peranan itu turut diambil alih pihak kebajikan atau rumah orang tua berbayar bagi yang berkemampuan.
Malah, kebanyakan yang meniti usia tua terutama yang mempunyai status ekonomi yang kukuh, lebih memilih hidup berdikari, kekal efektif dan mahu menikmati hidup secara aktif hingga ke akhir hayat - senario yang digelar Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) sebagai tua secara aktif.Malangnya, tidak ramai, khususnya lelaki yang mampu menepati konsep itu yang menurut Ketua Jabatan Urologi, Kesihatan Lelaki & Pembedahan Robotik, Pusat Perubatan Prince Court, Datuk Dr Sahabudin Raja Mohamed, sebagai keupayaan individu itu terus produktif.
“Mereka ini boleh diharap dan boleh terus menyumbang secara efektif kepada masyarakat keseluruhannya. Bagaimanapun, berdasarkan senario semasa, ramai masyarakat dunia pada masa ini lebih dihimpit permasalahan kesihatan yang meruncing.